Dengan nilai perlindungan tinggi bermula daripada RM350,000*, keluarga anda akan dapat mengekalkan gaya hidup semasa dan membantu mereka melangsaikan sebarang hutang apabila anda meninggal dunia atau mengalami Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD).
Tidak semua pelan perlindungan yang ada boleh menepati keperluan anda. Namun, dengan PruBSN WarisanPlus, anda boleh tambahkan rider mengikut keperluan anda seperti yang diingini.
Menerima pampasan apabila anda didiagnosis atau dimasukkan ke wad disebabkan penyakit berjangkit bergantung kepada kategori
Jamin masa depan mereka yang anda sayangi dengan menamakan mereka sebagai benefisiari. Mereka akan menerima manfaat kematian tanpa melalui prosedur pewarisan harta yang berpanjangan.
Ringankan beban keluarga anda apabila mereka menerima RM3,000 daripada manfaat Khairat.
Anda boleh memilih daripada 9 jenis Dana berkaitan Pelaburan yang bersesuaian dengan keperluan risiko anda untuk meningkatkan nilai tunai dengan potensi pulangan yang lebih.
Tidak perlu melalui pemeriksaan perubatan untuk menikmati jumlah perlindungan asas sehingga RM2 juta.
Perlindungan PruBSN Warisan Plus akan berlanjutan sehingga umur 100, tertakluk kepada sumbangan tambahan yang diperlukan.
Membolehkan anda membantu golongan keluarga miskin tegar dan miskin untuk dilindungi dengan perlindungan takaful keluarga asas melalui rider Ihsan.