Telah menjadi kebiasaan untuk kita semua membuat perancangan awal menjelang tahun baharu bagi memastikan kita berada di landasan yang betul. Masih belum terlambat untuk anda mula merancang sekarang untuk pastikan tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.
Jadi menjelang bulan cukai yang bakal menjelma Mac ini, sebagai persiapan, ini maklumat/dokumen yang perlu disimpan :
1. Borang EA / EC / CP58
2. Penyata Takaful / Insurans
3. Resit Gaya Hidup
- smartphone/komputer/laptop/tablet
- buku/ subscription news online
- bil langganan internet
- Pembelian alat sukan / yuran gym
4. Resit Alatan Penyusuan
- set pam susu dan pek ais (breast pump kit dan ice pack);
- bekas pengumpulan dan penyimpanan susu (breast milk collection and storage equipment); serta
- set penyejuk atau beg penyejuk (cooler set / bag).
5. Resit Pra-Sekolah
6. Penyata SSPN-i
7. Resit bayaran zakat
Resit atau penyata bayaran zakat boleh dapatkan dari Pusat Zakat Negeri masa buat bayaran. Kalau bayar online memang senang nak print balik. Kalau ikut FAQ LHDN, zakat yang dimaksudkan adalah semua jenis bayaran zakat yang dibuat dalam sesuatu tahun tu. Maknanya termauklah zakat fitrah, zakat pendapatan, zakat emas dan zakat wang simpanan. Biasa yang orang claim adalah zakat fitrah dengan zakat pendapatan.
Tidak terhad pada yang di atas.
Senarai semak diatas tidak terhad ye. ada juga yang boleh diambil kira bergantung pada terma syarat yang ditetapkan oleh LHDN. Ini sebagai panduan umum sahaja.
Resit-resit atau dokumen atas ni boleh simpan saja elok-elok mana tahu dapat surat audit dari LHDN supaya tunjuk bukti. Paling senang scan/snap gambar simpan jadi softcopy.
Ingatlah bahawa cukai yang kita bayar amat diperlukan kerana ia akan digunakan oleh Kerajaan untuk manfaat
segenap lapisan rakyat. Melalui duit cukai ini pelbagai kemudahan dan program pembangunan serta kebajikan
rakyat dapat dilaksanakan.
Sumber Rujukan:
https://www.hasil.gov.my/eduzone/penerbitan-cukai
Facebook: Kredit – Faizah Salleh