Pampasan Sakit Kritikal - Sebagai Perlindungan Pendapatan Anda!
Risau sekiranya sakit kritikal seterusnya tidak boleh bekerja dan keluarga akan susah dengan tiada pendapatan?
Saya yakin tiada sesiapa di dunia ini khususnya rakyat Malaysia ingin dihidapi sakit kritikal. tidak kira apa agama, bangsa, umur dan apa jua sekalipun. kita lihat sahaja ahli keluarga, saudara-mara, sahabat, rakan sekerja, mahupun kenalan apabila di diagnosis dan menderita sakit kritikial sudah cukup menginsafkan kita.
sakit atau musibah kita seboleh-boleh mahu elak. Inikan pula kita meminta untuk sakit, semestinya tidak. Namun kehidupan ini sakit tetap akan datang walaupun tidak diundang. Sekiranya sakit biasa masih boleh bertoleransi. Tetapi sekiranya sakit kritikal kita akan risau kerana besar kemungkinan sakit kritikal berkenaan akan kekal sehingga akhir hayat dan tiada harapan untuk sembuh.
Pengalaman saya, pada hujung bulan Julai 2019, ada seorang client saya telah di sahkan menghidap sakit kritikal iaitu Kanser Usus Tahap 3. waktu itu, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang difikirkan oleh beliau dan keluarga. semestinya beliau takut serta sedih menyelubungi diri serta keluarga apabila diberitahu doktor.
Waktu terbaik bertakaful adalah 10 tahun lepas,
Waktu kedua terbaik bertakaful adalah sekarang.
Siapa sangka lelaki berusia 33 tahun pada tahun 2019 di diagnosis kanser usus tahap 3 pada Julai 2019. semua menyangka sakitnya hanya cirit-birit biasa. Beliau bernasib baik kerana sudah menjadi client prudential sejak 2016 lagi. Proses kemasukkan client berjalan lancar dan permohonan GL sangat mudah. Beliau menjalani pembedahan pada keesokkan harinya. kos hospital keseluruhannya selama 10 hari adalah sebanyak RM72,243.35. Syukur Alhamdulillah sebahagian bill hospital di tanggung Prudential BSN Takaful Berhad.
Keadaan ini memilukan dengan keadaan client perlu membayar RM16,027.40 kerana had tahunan medikal kad beliau hanya RM100,000 setahun dan sudah melebihi had. Keadaan ini susulan dari kejadian beliau terlibat dengan kemalangan yang teruk dalam perjalanan ke tempat kerja pada Januari 2019.
Kos hospital untuk rawatan kemalangan client ini berjumlah RM42,935.75 dan ditanggung Prudential BSN Takaful Behad. Alhamdulillah, Majikan Syarikat di tempat client bekerja sudah mencarum perlindungan untuk kakitangan. Duit yang sudah dibayar sebanyak RM16,027.40 untuk hospital boleh dituntut kepada syarikat.
Anda bekerja dengan syarikat yang mana?
Apabila pekerja yang di diagnosis kanser, ada syarikat bayar gaji penuh, bayar gaji separuh atau diberhentikan oleh majikan bila cuti sakit berpanjangan.
Kejadian kemalangan pada Januari 2019 melayakkan client cuti sakit sehingga awal Jun 2019. Beliau sempat bekerja semula selama beberapa minggu sebelum di diagnosis sakit kanser usus tahap 3. Beliau seterusnya sambung pula MC untuk sakit kanser sehingga hujung bulan Oktober 2019.
Polisi syarikat ditempat kerja client menetapkan untuk cuti sakit akan dibayar gaji penuh untuk 6 bulan pertama dan 3 bulan seterusnya separuh gaji akan dibayar pada pekerja. malangnya, client sudah cuti sakit sebanyak 8 bulan dan polisi syarikat tempat kerja beliau di kuatkuasakan. Pada ketika ini client sudah terima gaji penuh selama 6 bulan dan 2 bulan gaji separuh.
Pencari nafkah keluarga
Dalam keluarga client saya, beliau sahaja yang bekerja makan gaji yang mempunyai pendapatan tetap. Apabila sudah di diagnosis sakit kritikal dengan cuti sakit yang panjang, sedikit sebanyak memberi kesan pada cash flow keluarga. sebagai ketua keluarga beliau semestinya timbul kerisauan dengan kehilangan sebahagian besar pendapatan untuk menguruskan komitmen yang ada.
Mujur client di berikan awareness untuk mendapatkan perlindungan takaful. Pada tahun 2016 beliau diberikan kesedaran untuk mendapatkan perlindungan takaful memandangkan risiko menunggang motosikal ke tempat kerja. Client ini hanya fokus pada medikal kad dan pampasan kemalangan. Perlindungan untuk pampasan kritikal hanya lah minimum.
Berita Baik dari Prudential BSN Takaful Berhad!
Alhamdulillah, sewaktu client di diagnosis sakit kritikal kanser, saya dengan segera membuat tuntutan pada Prudential BSN Takaful menggunakan borang crisis cover claim. Borang dihantar setelah semua maklumat serta dokumen seperti laporan doktor, histopathology diagnosis dan lain-lain berkaitan lengkap. Tarikh 18.10.2019 Prudential BSN Takaful Berhad telah masukkan pampasan kritikal sebanyak RM25,400.
Rasai Manfaat Hari Ini
Syukur Alhamdulillah dengan sijil perlindungan Prudential BSN Takaful, client ini sudah tidak perlu membuat caruman bulanan. Melainkan berlaku medical inflation dan hanya topup perbezaan caruman shaja. Pentingnya nasihat yang tepat dan bersesuaian dengan client, saya menasihati beliau untuk mengambil rider yang akan membantu client sekiranya di diagnosis sakit kritikal atau cacat kekal.
Apabila client ini di diagnosis sakit kritikal had tahunan medikal kad beliau di gandakan. Sebelum ini dari RM100,000 setahun menjadi RM200,000 setahun. Satu initiatif Prudential yang sudah membuat kajian tentang kos rawatan sakit kanser perlukan bantuan kewangan yang besar.
Setelah di diagnosis sakit kritikal kanser usus tahap 3, client ini boleh menggunakan medikal kad beliau sehingga lah umur beliau 70 tahun tanpa perlu risau akan caruman bulanan. Ini baru betul peace of mind dengan mengetahui Prudential BSN Takaful akan melindungi beliau sekiranya timbul kos hospital sekiranya sakit kelak.
Client sedar kepenting takaful dan sudah merasai sendiri faedah dan kebaikan takaful bersama Prudential BSN. Sekarang beliau ingin melindungi keluarga sekiranya apa-apa perkara berlaku yang tidak diingini terjadi, mereka sudah mempunyai dana kecemasan bersama Prudential BSN Takaful.