Lindungi Rumah Anda dengan MRTT/MRTA atau MLTT/MLTA: Mana yang Lebih Menguntungkan?
Perlindungan Pinjaman Rumah
Membeli rumah adalah satu komitmen yang besar dan sekiranya membeli melalui pinjaman bank, secara puratanya pembayaran pinjaman akan dilakukan dalam tempoh 30 tahun. Sudah menjadi kewajipan kepada setiap pembeli rumah yang membeli rumah secara Pinjaman atau Pembiayaan Bank untuk melampirkan juga satu Polisi Perlindungan samaada MRTT, MLTT, MRTA, atau MLTA.
Alamak! tak faham la pulak. Buat masa ni anda mungkin tertanya-tanya apakah beza antara MRTT vs MRTA? Takpe, kami faham, dan nasib baik jawapannya juga mudah untuk difahami!
Apa itu MRTA, MRTT, MLTA & MLTT?
- MLTT – Mortgage Level Term Takaful
- MRTT – Mortgage Reducing Term Takaful
- MLTA – Mortgage Level Term Assurance
- MRTA – Mortgage Reducing Term Assurance
Memahami Perbezaan
Sebelum membuat keputusan, penting untuk memahami perbezaan antara Takaful dan Assurance:
Takaful vs Assurance
- Takaful:
- Berdasarkan prinsip takaful Islam.
- Operasi berdasarkan konsep tolong-menolong.
- Premi yang dibayar oleh peserta digunakan untuk membayar tuntutan.
- Assurance:
- Berdasarkan prinsip kontrak insurans konvensional.
- Operasi berdasarkan prinsip risiko.
- Premi yang dibayar oleh peserta digunakan untuk membayar tuntutan dan kos operasi syarikat insurans.
Perlindungan Level vs Reducing
- Perlindungan Level:
- Jumlah perlindungan tetap sepanjang tempoh polisi.
- Sesuai untuk mereka yang ingin memastikan perlindungan tetap tinggi sepanjang tempoh pinjaman.
- Perlindungan Reducing:
- Jumlah perlindungan berkurangan secara berperingkat mengikut baki pinjaman.
- Sesuai untuk mereka yang ingin memastikan perlindungan selaras dengan baki pinjaman yang berkurangan.
Faktor-Faktor yang Perlu Dipertimbangkan
- Kepercayaan Agama: Bagi mereka yang beragama Islam, Takaful mungkin pilihan yang lebih sesuai.
- Keperluan Perlindungan: Pertimbangkan jumlah perlindungan yang diperlukan dan tempoh perlindungan.
- Kos: Bandingkan kos premium antara Takaful dan Assurance.
- Syarat dan Ketentuan: Baca dengan teliti syarat dan ketentuan polisi untuk memahami liputan, pengecualian, dan prosedur tuntutan.
Perbandingan antara MRTT dan MLTT
Boleh dikatakan, MRTT dan MLTT ada kelebihan masing-masing dan ikut kemampuan dan keperluan masing-masing. bagi mudahkan pemahaman, boleh rujuk gambarajah untuk perbandingan.
![perbandingan MRTT dan MLTT](https://azfartakaful.com/wp-content/uploads/2021/06/perbandingan-MRTT-dan-MLTT-952x1024.png)
Gambarajah Konsep MRTT & MLTT
Gambarajah ini boleh membantu kita untuk lebih faham berkaitan MRTT dan MLTT.
![MRTT dan MLTT konsep](https://azfartakaful.com/wp-content/uploads/2021/06/MRTT-dan-MLTT-konsep-1-1024x701.png)
Tips Memilih Perlindungan yang Tepat:
- Kenal Pasti Keperluan: Tentukan jenis perlindungan yang diperlukan, sama ada untuk rumah, kenderaan, atau kesihatan.
- Bandingkan Pelan: Bandingkan pelan dari pelbagai syarikat untuk mendapatkan tawaran terbaik.
- Baca Polisi Dengan Teliti: Pastikan anda memahami syarat dan terma polisi sebelum membuat keputusan.
- Dapatkan Nasihat Profesional: Konsultasikan dengan ejen insurans atau perunding kewangan untuk mendapatkan nasihat yang tepat.
Pilihan ikut Tujuan
Pastikan anda membuat keputusan yang bijak dengan mempertimbangkan faktor-faktor seperti kepercayaan agama, kewangan, dan perlindungan yang diperlukan.
Pokok pangkalnya, mana-mana pilihan yang dibuat hendaklah menepati kemampuan dan keperluan masing-masing. Boleh dikatakan, jenis Level mempunyai banyak kelebihan tersendiri berbanding yang Reducing. Walau apa pun, perlu untuk dapatkan khimat nasihat dari wakil atau ejen anda. boleh hubungi saya juga untuk dapatkan khidmat ejen takaful.