Azfar Takaful Pilihan Ramai

Takaful sudah menjadi keperluan bagi setiap manusia di Malaysia dan menjadi satu perkara penting dalam sistem kewangan bagi individu atau organisasi. Ini dapat dibuktikan betapa pentingnya perlindungan takaful dengan tindakkan dari kerajaan Malaysia berikan sokongan dan galakkan pada rakyat supaya dapatkan perlindungan takaful.

Antara soalan yang selalu saya terima sebagai perunding takaful adalah “Berapa ye yang perlu saya bayar untuk pelan takaful ni?”

Pelan takaful yang sama mungkin memerlukan caruman yang berbeza mengikut individu. Ini kerana setiap individu mempunyai risiko yang tersendiri. Maka, tak adil untuk semua orang jumlah caruman yang sama sedangkan risiko masing-masing berbeza. Ada 4 faktor utama yang akan menentukan jumlah caruman seseorang individu.

1. FAKTOR JANTINA

Perasankah anda wanita hidup lebih lama secara purata berbanding lelaki? Itu merupakan salah satu sebab mengapa jantina mempengaruhi amoun caruman.

faktor risiko - jantina

2. FAKTOR USIA & UMUR

Semakin tua, semakin berisiko. Contohnya, orang muda dengan orang tua, yang mana lebih berisiko untuk menghidap kencing manis? Jadi, kalau nak murah, ambil lah ketika masih MUDA!!!

faktor risiko - umur

Sakit, Tapi Kaya-Raya = Tidak Berpeluang Dapatkan Perlindungan Takaful

Sihat, Dan Mampu = Berpeluang Dapatkan Perlindungan Takaful

Anda di mana? Sihat atau Sakit?

faktor risiko - pekerjaan

3. FAKTOR PEKERJAAN

Ada yang bekerja dalam office siap dengan penyaman udara tetapi ada juga yang bekerja di pelantar minyak tengah-tengah lautan. adakah sama risiko mereka? Tentulah tak. Tapi kedua-duanya perlukan perlindungan takaful.

faktor risiko - status merokok

4. FAKTOR STATUS MEROKOK

Yang ni tak perlu cakap banyak, semua orang tahu perokok lebih berisiko. Jika risiko lebih, maka bayarannya pun lebih.

Risiko-risiko ini lah yang diambil kira untuk menentukan amoun caruman yang anda perlu bayar. Selain itu, ada faktor lain seperti BMI dan kesihatan juga boleh mempengaruhi. Kalau sekadar ambil tahu sahaja pun tak guna kalau anda tak bertindak SEKARANG! Boleh hubungi saya untuk saya bantu dapatkan detail mengenai jumlah sumbangan takaful anda.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments