Azfar Takaful Pilihan Ramai

HIBAH TAKAFUL – Mengapa suami wajib ada hibah takaful!

4 Sebab suami wajib ada hibah takaful

Setiap seorang lelaki wajib mempunyai satu pelan hibah takaful buat diri mereka terutamanya jika seorang sahaja bekerja, ada isteri, ada anak atau ada keluarga.

Hibah takaful adalah pelan penggantian pendapatan (income replacement) yang bertindak sebagai satu dana yang akan menggantikan pendapatan disebabkan kena buang/terminate/berhenti kerja andai meninggal dunia, lumpuh kekal atau penyakit kritikal.

Setiap suami wajib mempunyai hibah takaful ini kerana

1. SUAMI SUMBER UTAMA PENDAPATAN KELUARGA

balu dan beban
Cukup ke simpanan yang ditinggalkan?

Suami kena sedar bahawa beliau adalah penyumbang utama pendapatan keluarga. Pampasan daripada takaful ni gunanya untuk cover perbelanjaan yang isteri dan anak-anak perlukan. Kena sediakan 10 tahun punya gaji sebelum suami mati. Boleh?

Katakan suami buat hibah takaful RM500K. Tak panjang umur, suami meninggal dunia. Selepas beberapa hari, isteri dan anak-anak akan dapat pampasan RM500K tu.

Tak perlu meminta-minta simpati orang lain. Sebab dah buat persediaan daripada awal kan.

2. SUAMI PALING BANYAK HUTANG.

hibah selesai hutang
Wariskan HIBAH bukan HUTANG pada waris.

Kereta hutang, rumah hutang. Nanti kalau apa-apa berlaku kat suami, macam mana isteri nak bayar hutang-hutang tu semua? Kalau boleh, kita tak nak sampai harta kita habis kena lelong.

Belum campur lagi hutang kad kredit, hutang dengan orang dan lain-lain.

3. SUAMI ADALAH KETUA KELUARGA.

ketua keluarga
Suami sebagai KETUA keluarga bertanggungjawab di dunia & akhirat.

Dah nama pun ketua. Kenalah bertanggungjawab untuk kebajikan ahli keluarga sendiri. Suami kalau pergi outstation seminggu, ada bagi RM500 kat isteri? Okaylah tu.

Kalau pergi “outstation” selama-lamanya, apa yang suami nak bagi kat isteri buat belanja?

4. SEDIAKAN DANA PENDIDIKAN ANAK

dana pendidikan anak
Anak-anak mampu untuk memberikan kesenangan di masa hadapan.

Bila suami dah takda, bukan isteri je susah, anak-anak pun sama juga. Paling kurang kalau ada hibah takaful sebagai income protection, sebahagian daripada pampasan tu boleh terus jadi dana pendidikan untuk anak. Dengan pendidikan, boleh ubah nasib keluarga yang ditinggalkan tu.

Berbaktilah kepada keluarga walau kita sudah tiada di dunia. Sepatutnya nilai hibah takaful tu mestilah sama dengan 10 tahun gaji kita. Contoh gaji kita RM5,000. Jadi kita perlu sediakan hibah takaful RM5,000 x 12 x 10 = RM600,000 kepada anak-anak dan isteri.

Tetapi, apa-apa pun ikutlah bajet masing-masing. Asalkan jangan sampai rasa terbeban setiap bulan.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments