Azfar Takaful Pilihan Ramai

Antara tujuan ramai memiliki perlindungan hibah takaful, sebagai persediaan untuk tabung kecemasan jika ditakdirkan cacat kekal dan ketika meninggal dunia supaya waris dapat uruskan komitmen yang ditinggalkan dan menggantikan pendapatan yang hilang. Dan tanpa sedar, mereka juga sedang persiapkan education untuk anak² sekiranya musibah melanda diri. 

1) Ada Anak Perempuan Sahaja

Sebab lebihan Bahagian Faraid akan dapat pada Bapa Saudara Anak Perempuan tersebut. Tapi dengan Hibah Takaful akan dapat 100% pada anak perempuan.

2) Ada Anak Angkat

Anak Angkat tak ada bahagian dalam Harta Pusaka ibu ayah angkat. Tapi dengan Hibah Takaful, anak angkat boleh dapat 100%.

anak mengaji

3) Anak masih Bawah Umur

Belum mampu bekerja dan tiada dana untuk cairkan aset beku Harta Pusaka ibu ayah.
Tapi dengan Hibah Takaful, boleh terus claim dan gunakan untuk cairkan Harta Pusaka ibu ayah dan lebihan boleh guna untuk kelangsungan hidup.

4) Isteri surirumah dan tanggungan keluarga atas suami sepenuhnya.

Isteri dan anak-anak ada Hibah Takaful suami tinggalkan sebagai Penggantian Pendapatan keluarga.

happy ladies

5) Individu Yang Berpoligami

Bahagian untuk isteri dalam Harta Pusaka Suami makin kecil kerana 1/8 bahagian untuk isteri dikongsi dengan semua isteri yang ada. Kalau ada 4 isteri, maka setiap isteri akan dapat 1/32 bahagian, bukannya setiap seorang dapat 1/8 bahagian. Dengan Hibah Takaful isteri sebagai penerima boleh dapat 100% bahagian.

6) Ahli Perniagaan

Penat kumpul harta, tapi harta tak dapat nak dilegasikan sebab beku dan waris tiada dana untuk proses Harta Pusaka. Jadikan Hibah Takaful sebagai dana untuk cairkan aset beku, barulah harta kita akan benar-benar dilegasikan pada waris.

7) Individu Yang Berhutang

Hibah sebagai Pelupusan Hutang. Lupus Hutang kereta, rumah, orang kampung atau hutang apa saja. Roh dan keluarga akan dilindungi dan selamat daripada belengu hutang.

8) Ada Harta Tak Alih sahaja

(Contoh : Tanah dan Rumah)
Hibah Takaful sebagai dana Cairkan Aset Beku seperti tanah dan rumah tersebut. Elak lambakan Harta Beku Tak Bertuan.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments